Sunday, January 24, 2010

Ya. Tepat Sekali.

Pada hari yang mulia ini, saya selaku seorang murid Tingkatan Lima yang berasa bosan sekali kerana tiada aktiviti untuk mengisi masa lapang terpaksa menulis tentang hari-hari yang dilalui selepas tamatnya cuti tahunan tiga minggu yang lepas.

Sekolah tidaklah membosankan. Saya berasa gembira berada di sekolah kerana dapat bermain dengan kawan dan belajar. Walaupun saya berkata begitu, saya selalu bermimpi secara terbuka di dalam kelas apabila para guru sedang mengadakan sesi p&p. Saya tidak dimarahi guru kerana mulut saya bergerak secara spontan apabila guru sedang mengajar, iaitu saya selalu membalas soalan yang disoalkan oleh guru dengan jawapan yang berloya buruk.

Pada hari pertama persekolahan, guru matematik tambahan memberikan kerja rumah sebanyak tiga soalan. Tiga soalan tentang Nombor Binari. Nombor Binari merupakan topik yang paling senang dalam matematik tambahan tingkatan lima. Ini adalah kerana saya selalu mencuri tengok jawapan kawan-kawan yang berada di utara, timur dan barat serta barat laut.

Pada hari kedua persekolahan, kelas saya menjalankan eksperimen tentang kadar reaksi. Walaupun eksperimen yang dijalankan bersama dengan kumpulan saya berjaya dilakukan, laporan yang ditulis terdapat kesalahan di merata-rata tempat. Kesalahan ini memerlukan masa kira-kira dua minggu untuk diperbaiki.

Pada hari-hari berikutnya, kerja rumah yang diberikan bertambah banyak. Di rumah, kerja rumah yang dikumpul menjadi bertimbun-timbun(Kira-kira satu kaki). Saya terpaksa menggunakan masa beristirehat untuk menyiapkan kerja-kerja tersebut.

Minggu pertama dan kedua merupakan minggu yang paling sibuk bagi saya. Adakah ini rasanya menjadi pelajar tingkatan lima? Adakah kehidupan saya akan menjadi lebih sibuk sekiranya saya di universiti? Semasa saya bekerja? Harap tidak..

Baru-baru ini, seorang yang terlampau bijak telah mengubal sistem yang baru di sekolah saya, iaitu hari GERKO, iaitu hari yang amat "seronok" dan "menarik". Saya "tidak" berasa "letih" langsung. Hari ini bagaikan hari "PERSEKOLAHAN" yang "AMAT MENARIK". Pada hari inilah, semua aktiviti Koko digabungkan, iaitu kira-kira pada pukul tujuh pagi hingga pukul tujuh MALAM, untuk murid-murid yang bernasib malang. Mujurlah aktiviti koko saya hingga berlanjut sehingga pukul dua belas petang.

...Saya rasa ini sajalah yang perlu saya ucapkan pada malam ini. Ini kerana bahasa yang sedang saya gunakan sekarang amat sukar digunakan dan amat rumit...

Jadi, sebelum saya menamatkan ucapan saya, saya akan menulis serangkap pantun.

Matahari terbit memancar ke barat,
Mengisi alam dengan cahaya sakti,
Menimba ilmu supaya tak karat,
Nescaya dapat membawa bakti.

Sekian terima kasih.

Disarikatakan oleh Yang Bermulia, Kiki Yu :)